Pindah rumah baik rumah sewa, rumah kosong, rumah lama maupun rumah baru kita perlu melakukan amalan amalan agar rumah yang kelak kiota tempati membawa berkah dan nyaman untuk ditinggali. berikut adalah beberapa amalan yang bisa kita lakukan:

1. Azan

Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru maupun bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh siapapun. Dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) rumah tersebut akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-‘Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; “Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.” biasanya bila masuk rumah baru kita hanya membaca Yaasiin sahaja. Sepatutnya Surah Al-Baqarah yang menjadi pilihan untuk dibaca apabila memasuki rumah baru.

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran

Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyak solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: “Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas

Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar Rumah Secara Islam

Memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan dianjurkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan ‘memagar rumah’ dengan menyiram air Yassin di sekeliling rumah.

Ikut panduan berikut:

Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, siram dan cipratkan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dari penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam…

Cdt : Tips Hias Rumah

You May Also Like

Dzikir Dan Amalan Yg Diajarkan Abah Guru Sekumpul (K.H. Muhammad Zaini bin Abdul Ghani)

1. Berkata Abah Guru Sekumpul, “Barangsiapa membaca doa ‘Allahummaghfir li ummati Sayyidina…

Tips dan Trik mengerjakan ujian PPPK 2021

Berikut tips dan trik mengerjakan ujian PPPK 2021 : 1. Pada soal…

Alternatif Aplikasi Perekam Layar untuk Membuat Video Pembelajaran

Sesudah timbulnya wabah Covid- 19 di belahan bumi, sistem pembelajaran juga mulai…

IJAZAH WIRID GUNUNG HARTA

IJAZAH WIRID GUNUNG HARTA بسم الله الرحمن الرحيم Dengan mengharap ridho, ampunan,…